Kasih Travel And Tours


Menggapai Impian Umrah dari Sabah ke Tanah Suci – Bersama Pakej Lengkap dan Layanan Terbaik! 

Pakej Umrah Eksklusif untuk Rakyat Sabah, Dirancang untuk Ketenangan, Keselesaan, dan Keberkatan dalam Setiap Langkah Perjalanan Anda.


Testimoni  pelanggan Kasih Travel & Tours Puan Siti Mariam Mt Naim dari Kinarut 


Bayangkan Perjalanan Ibadah Anda…

Bayangkan diri anda melangkah masukke  Lapangan Terbang Kota Kinabalu , bersama hati yang penuh harapan. Menjejakkan kaki di Tanah Suci adalah impian setiap umat, dan kami di Kasih Travel & Tours di sini untuk menjadikan impian itu suatu kenyataan – tanpa perlu risau tentang urusan perjalanan atau ibadah. Kami akan menguruskan semuanya, supaya anda hanya fokus kepada ibadah yang penuh khusyuk dan ketenangan.


Kenapa Rakyat Sabah Memilih Kami?

Kami memahami keperluan jemaah dari Sabah kerana kami juga berpengkalan di Sabah .  Perjalanan dari Borneo memerlukan pengurusan rapi dari lapangan terbang ke Tanah Suci, dan kami telah merancang setiap langkah perjalanan untuk memudahkan anda. Di Kasih Travel, kami telah membantu lebih 1,000 jemaah dari seluruh Negeri Sabah , termasuk mencapai impian umrah mereka.

Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri ini, kami memberi tumpuan khusus kepada rakyat Sabah kerana kami tahu perjalanan ini bermakna buat anda. Inilah yang membezakan kami – layanan eksklusif yang menyentuh hati, dan pakej lengkap yang memenuhi setiap keperluan anda.


Pakej Umrah Kami Termasuk:

  • Penerbangan dari Sabah
    Kami menyediakan penerbangan dari Kota Kinabalu yang tidak perlu keluar barang semasa transit  . Dari Sabah, anda akan dibawa terus ke Tanah Suci dengan transit  penerbangan yang mudah, memastikan anda tiba dalam keadaan segar dan bersedia untuk ibadah.

  • Penginapan Berdekatan
    Pilihan hotel berjarak hanya 2 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram hingga lah perjalanan yang mengambil masa 10 minit berjalan kaki. Beberapa pakej pilihan sesuai dengan bajet anda

  • Bimbingan Umrah dan Ibadah
    Ustaz berpengalaman akan bersama anda sepanjang perjalanan untuk membimbing setiap langkah ibadah, dari niat umrah hingga doa ziarah di Mekah dan Madinah. Ini penting terutamanya untuk jemaah baru dari Sabah yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

  • Makanan selera nusantara yang Disediakan
    Nikmati sajian halal yang berkualiti, sesuai dengan citarasa tempatan orang kita . Kami memahami kepentingan makanan yang memenuhi selera dan memberi tenaga sepanjang ibadah.

  • Ziarah Tempat Bersejarah
    Lawatan ke tempat bersejarah dengan penerangan dari petugas mutawwif kami yang berpengalaman

  • Pengangkutan yang Selesa
    Bas berhawa dingin disediakan untuk semua aktiviti ziarah di Mekah dan Madinah, memastikan perjalanan yang selesa dan selamat sepanjang ibadah

  • Visa Umrah
    Pengurusan visa yang cepat dan cekap


    Testimoni dari Jemaah Sabah yang Berpuas Hati

    “Terima kasih banyak kepada  Kasih Travel  dengan pengurusan dari mula mengerjakan ibadah umrah sehinggalah kami balik ke Tanah Air. Insya Allah mudah-mudahan  diberikan keberkatan umrah dan dimurahkan rezeki kami akan ikut lagi dengan rombongan Kasih Travel . Aamiin Aaminn Ya Robbal Alamiin.”
    — Ali Saman, Wilayah Persekutuan Labuan, Jan 2023

    “Terima kasih buat team Kasih Travel yang awesome yang banyak membantu kami dari awal hingga ke akhir . Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.  Insya Allah kami akan promotekan kepada kawan2 dan customer cookies kami untuk ambil dengan travel agensi Kasih Travel ini, 5 bintang !”
    — Sakinah Binit Ithnin , Kota Kinabalu, Feb 2023